PART I : SAAT TERAKHIR
Friday, 3 February 2012 ★ 00:34 │
sinopsis : SAAT TERAKHIR mengisahkan tentang kisah cinta antara Kasih Kirana dan Azril Ikhwan yang terpaksa berpisah di saat hari pernikahannya akibat kepergian Azril yang disahkan menghidap tumor otak. Kasih tidak dapat menerima kepergian Azril , dia menjadi seorang yang pemarah ,baran dan sepi . Hidupnya hanya ditemani buku catatan diarinya ketika mereka masih bersama . Setiap hari Kasih menghabiskan hidupnya termenung di sebuah tasik indah berhampiran kawasan rumahnya . Di situlah tempat Kasih dan Azril bertemu hingga menerbitkan bibit bibit cinta. Dalam masa yang sama Zachary, seorang jurugambar yang telah ditinggalkan kekasihnya Rania sering bertembung dengan Kasih di tasik tersebut yang pada mulanya dianggap orang bunian . Apakah yang terjadi antara Zachary dan Kasih setelah mereka sering bertembung? Adakah Kasih akan terus meratapi kepergian Azril yang sudah setahun berlalu ? Segalanyanya dalam SAAT TERAKHIR .
"Sayang tulis apa tu? Nak tengok boleh?" Azril mencuba mencuri tengok buku diari yang dipegang oleh Kasih,Kasih segera mengalihkan buku tersebut dari pandangan Azril. Dia malu jika catatan diarinya dibaca oleh Azril, mana tidaknya dari muka pertama sehinggalah ke muka tengah dari buku itu hanya coretan berkenaan Azril,segala kenangan dari saat pertama mereka bertemu ditulis dalam buku diari kesayangannya. Kasih masih ingat saat pertama mereka bertemu, di tasik inilah detik pertemuan yang tidak disangka bakal membawa ke lembah perkahwinan. Di tasik ini juga lah Azril mula bertemu dengan Kasih untuk memulangkan buku diari milik Kasih yang tercicir semasa mereka berada di kedai bunga. "Awak, ni buku awak",sambil menghulurkan diari yang dipegang pada Kasih. "Ya tuhan,nasib baik awak jumpa! Buku ni memang penting untuk saya,saya ingat saya tertinggal dekat tasik,terima kasih cik.Tapi,macam mana awak boleh sampai ke sini? Do I know you?" Kasih runsing,dia tidak mengenali lelaki itu,bagaimana pula lelaki ini boleh tahu dia berada di tasik? "Hrmm, small matter. Masa buku ni terjatuh dekat kedai bunga tadi,saya terus ambik dan kejar awak.Tapi awak terus masuk dalam kereta, awak tak dengar saya panggil sebab awak sibuk dengan earphone awak ni,nak tak nak terpaksa lah kejar dengan motor capuk saya tu,penat saya tau",Azril cerita panjang lebar Kasih tertawa kerana dia geli hati dengan lelaki itu. Sungguh jujur dan sengal, masakan kejar aku sampai macam ni sekali. "Awak ni kelakar lah,dan baik hati. Saya Kasih. Kasih Kirana, awak panggil saya Kasih", Kasih menghulurkan tangan untuk berjabat. "Azril,Azril Ikhwan", Azril segera menyambut salam dari Kasih.Lamunan terhenti apabila Azril secara tiba tiba rebah ke bumi, buku yang dipegang oleh Kasih terlepas dari pegangan,Kasih panik melihat Azril pengsan di hadapannya,tanpa membuang masa Kasih menghubungi pihak ambulans dan segera memapah Azril ke sebuah bangku yang berhampiran. "Sayang bangun sayang please jangan tinggalkan saya macamni, saya tahu sayang kuat please wake up", airmata Kasih mengalir deras suaranya bertukar serak basah, hatinya sayu melihat tunangannya rebah tidak bermaya di pangkuannya. Kasih memeluk tubuh sasa milik Azril, sungguh dia tidak merelakan kepergian bakal suaminya walaupun dia sudah tahu akan penyakit Azril.
"Maaf,encik Azril dan cik Kasih. Saya harap penjelasan saya tentang penyakit awak lepas ni,dapat diterima baik oleh cik berdua".Dada Kasih mula bergetar hebat, apakah yang ingin dijelaskan oleh pakar ini? Doktor tersebut seakan memberi teka teki pada Kasih dan Azril. "Takpe doktor, insyaAllah saya boleh terima dengan redha, apa yang menyebabkan saya selalu pening kepala ni? Sakit dia lain macam lah doktor",Azril memulakan pertanyaan, tangan Kasih digenggam erat. "Macamni lah encik Azril, keputusan x-ray tadi menunjukkan bahawa encik adalah seorang penghidap tumor otak, berita buruknya adalah ianya dah sampai ke peringkat ketiga, dan tak ada apa yang dapat selamatkan awak kecuali keajaiban Allah. Saya tahu berat untuk awak terima tapi,ini hakikatnya", doktor Farid memuntahkan kata kata yang hanya Allah tahu betapa peritnya bagi Azril dan Kasih untuk menerimanya. "YA ALLAH!!" Kasih mula menangis sebaik sahaja mendengar berita tentang penyakit Azril,Azril tabah menerima.Azril menarik Kasih ke pelukannya untuk menenangkan hati nya. "Doktor, err ... berapa lagi masa yang saya tinggal?" Azril bersedia untuk menghadapinya, dia berharap sepanjang hidupnya yang tinggal, dia bisa membahagiakan satu satunya insan yang dicintainya iaitu Kasih Kirana. "Hmm, kalau awak ambil ubat ni mungkin dalam lebih kurang enam bulan. Tapi kalau awak tak amalkan kimo-terapi dan pil ni, tak lama Azril . Dua bulan je masa yang awak ada", Doktor Farid mendengus lembut,dia faham berat bagi seseorang insan yang tahu akan kepergiannya, apatah lagi meninggakan seseorang yang tercinta."Tapi doktor, saya mana ada duit nak buat kimo dan ambik pil pil tu",Azril resah. Masakan dia seorang pelayan restoran mampu melakukan rawatan kimo-terapi yang berpuluh ribu."Teruskan rawatan dan ubatan tu,doktor . Tentang kos, saya yang akan uruskan" ,Kasih mencantas keresahan Azril,dia tidak kisah jika harus menyalurkan segala wang duniawi yang dimilikinya,asalkan insan yang dicintainya dapat hidup dengan lebih lama. "Kasih ? Apa awak buat ni? Berapa banyak ubat pun yang saya ambik, tetap takkan pulihkan saya, im gonna be died !" Azril sangat kaget dengan kelakuan Kasih sebentar tadi . "Diam, Azril . Saya taknak awak cakap apa apa lagi,doktor tolong teruskan rawatan . Saya akan bayar secepat mungkin", Kasih membiarkan Azril memarahinya, dia tidak sanggup kehilangan bakal suaminya dalam tempoh terdekat, sungguh dia tidak sanggup.
Bunyi siren ambulans mematikan lamunan Kasih. Lima belas minit yang lepas dia menghubungi pihak ambulans kerana Azril rebah tidak sedarkan diri. Lantas tubuh kaku Azril dipapah dan dihantar ke Hospital Ampang Puteri. Sudah hampir tiga jam Azril di bilik rawatan, seluruh keluarga mereka juga sedang menenangkan Kasih yang tidak tenang. "Sabar, sayang. Doktor sedang melakukan yang terbaik. Apa apa pun sayang kena kuat, terima apa saja keputusan, anak mama kena kuat tau" Datin Fariza memeluk sisi tubuh anak tunggalnya, Kasih Kirana. Dia tahu akan kegundahan di hati puterinya. Kasih sedari tadi tidak henti mengalirkan airmata, hatinya bagai dihentam batu ,sungguh berat ujian yang harus dihadapinya. Azril, insan pertama yang bisa menyentuh hatinya kini sedang bertaruh nyawa. Kasih hanya memandang sayu di kaca pintu, melihat sekujur tubuh lelaki yang menyayanginya sepenuh hati , terasa sayu di sudut hati. Tubir matanya berkolam dengan air mata, sanggupkah dia menerima kepergian insan itu? Apakah yang akan terjadi padanya nanti, dua tahun mereka bersama menyulam kasih, apa bisakah dalam sekelip mata hubungan itu disambar halilintar ? Sungguh Kasih tidak inginkan kepergian kekasih hatinya, namun siapalah dia untuk menghalang ketentuan Tuhan. Pintu ruangan terbuka, masing masing bangun mendapatkan berita. "Macam mana dengan Azril,doktor? Dia baik baik je kan? Dia dah boleh keluarkan doktor, saya nak tengok dia doktor, bagi saya tengok dia , dia perlukan saya!" Kasih seakan dirasuk , dia tahu khabar tidak baik akan membunuh hatinya, dia tidak sanggup mendengar segala kenyataan. "Sabar Kira, Kira tak boleh macam ni, dengar dulu apa doktor nak cakap" , Datin Fariza cuba menenangkan hati Kasih Kirana. Dia tahu, berat untuk anaknya menerima kepergian ini, lagi lagi hari ini ialah hari jadinya dan hanya tinggal seminggu lagi, sepatutnya mereka bernikah."Maafkan saya, kami pihak hospital sudah mencuba lakukan yang terbaik untuk pesakit, malangnya ketumbuhan di otaknya semakin membiak ,dan telah menjejaskan seluruh saraf tubuhnya. Kami berjaya membuang ketumbuhan tersebut malangnya, ia telah merebak. Pesakit, telah menghembuskan nafas terakhirnya lima minit yang lepas. Kami sudah cuba sedaya upaya, Allah lebih sayangkan dia. Maaf", nada suara doktor itu cukup kesal kerana tidak berjaya menyelamatkan seorang hamba Allah. Kasih Kirana rebah ke bumi, hatinya bagaikan mati. Waktu yang berjalan seakan menghilang, seluruh anggota badannya seakan kebas, dia tidak tahu apa yang berlaku, setiap butir bicara doktor tadi bagai telah menghancurkan seluruh hati yang selama ini semakin rapuh. Dunia Kasih kelam, tidak disangka hari jadinya disambut dengan kepergian insan tersayang. Airmatanya mengalir deras, tanpa sedar akhirnya dia jatuh ke lantai.
V : 30 hari mencari cinta
Friday, 20 January 2012 ★ 02:43 │
Anggun menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di sekitar taman KLCC itu, sambil tangisan nya berjurai dia menghumban dirinya ke tempat duduk belakang. Tanpa membuang masa dia meminta pemandu teksi itu untuk segera beredar dan menuju ke rumahnya. "Adik ni kenapa menangis malam malam macam ni? adik sorang je? ada orang yang apa apakan adik ke ? kalau ada,elok kita ke balai" ,pemandu teksi itu mula beramah sekadar untuk memastikan gadis belasan tahun itu tidak apa apa. "Maaf pakcik,saya okay. Saya cuma pening sikit, saya tak apa apa." Anggun sekadar berbasa basi, tidak berminat untuk mengambil berat tentang soalan itu, dalam hatinya masih terasa seribu satu tusukan belati dek kerana penjelasan Putra sebentar tadi. Anggun kelihatan lemah di bangku belakang, ingin sahaja dia menelefon kawan baiknya Zahra untuk mengadu segala yang terjadi, tapi dia sedar segalanya sia sia , bukankah Zahra pernah memberitahunya agar berhati hati? Ye, sekarang dia menyesal akan tindakan nya yang dahulu, dia fikir Putra akan benar benar jatuh cinta padanya ternyata dia salah nilai. Ini adalah realiti, bukan kisah dongeng seperti yang tercatat dalam novel cinta mahupun telefilem . Setengah jam berlalu, Anggun menghulurkan not RM50 kepada pemandu tersebut. "Eh dik ! banyak ni, tambangnya dua puluh je dik" , pemandu itu seakan kaget dengan wang yang diperolehinya, ianya terlalu besar. "Takpe pakcik, pakcik ambik je . Saya halalkan" , lantas menutup pintu belakang teksi tersebut meninggalkan pemandu yang seang terpinga pinga. Pintu rumah dikuak perlahan, bunyi televisyen jelas kedengaran menandakan yang ibunya masih belum tidur. "Anggun? cepat balik ?" Puan Durrah sempat bertanya sebelum kaki Anggun melangkah ke anak tangga. "Anggun letih ma, Anggun nak rehat" Puan Durrah aneh melihat gerak geri Anggun, sepertinya ada yang tak kena. Baru sahaja hendak memulakan pertanyaan yang bertubi tubi , deringan telefon bimbitnya membantutkan niatnya. Lantas, panggilan dijawab. "Assalamualaikum, Durrah speaking", Puan Durrah memulakan bicara kerana nombor yang terpampang tudak berpemilik. "Wa'alaikumsalam, akak! ni Farrah kak!" ternyata itu panggilan dari Farrah , satu satunya adik bongsu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. "Ya Allah Farrah! Akak ingatkan sape, ni kenapanya Farra call akak malam malam ni? bukan ke besok Farrah dah nak flight ke Scotland? oh akak tahu , mesti Farrah nak ingatkan akak untuk hantar Farrah kan? akak ingat lah dik oi , pukul 8 malam kan?" Farrah hanya terkedu ,kakaknya ini langsung tidak memberi peluangnya untuk bercakap. "Bukanlah kak! apa akak ni, ni haa Farrah call , sebab ada something nak mintak kat akak, tapi akak jangan marah tau! macamni , yang sebenarnya, Farrah punya housemate dekat Scotland tu, masing masing dah pindah. Akak tahu je lah Farrah punya pengecut ni macam mana kan. So ,Farrah ingat nak mintak pinjam si Anggun tu sementara Farrah dapat new housemate, boleh tak kak?" yang sebetulnya Farrah sedang menahan telinga kerana dia tahu reaksi kakaknya , Durrah."APA?!!!! Farrah ni mabuk kepayang ke apa? habis kalau dia teman kan Farrah , akak sape nak teman? no no no, no way. Ingat Scotland tu Singapore ?dekat aja boleh main ulang alik, jauh tu tahu tak!" Puan Durrah terkejut mendengar permintaan Farrah yang baginya mengarut. "Akak, please. Takkan akak sanggup nak tengok Farrah sorang sorang survive dekat sana? At least Farrah ada teman? pasal study dia semua akak jangan risau, Farrah akan ambil private teacher and tentang SPM dia nanti kita amik private okay?Dah dah, Farrah kira deal. Akak tolong tanyakan Anggun,I'll call u back. Bye" Sepantas kilat Farrah mematikan handphone nya, dia bukan apa, dia tahu kalau berlama lagi pasti macam macam alasan yang kakaknya bakal berikan. 'Ya allah budak bertuah ni, aku belum habis cakap dia dah letak' Puan Durrah ngomel di dalam hati.Tanpa berlengah, Puan Durrah segera naik ke tingkat atas, mengetuk pintu bilik milik Anggun yang tertutup rapat. "Anggun, Anggun tolong bukak pintu ni kejap mama ada hal nak cakap", Anggun yang sedang merintih sedari tadi perlahan lahan membuka pintunya. Lantas memeluk ibunya, sedih yang tak terhingga hanya ibunya yang dapat memahami. "Putra dah pergi,mama. He's gone! selama ni dia cuma tipu Anggun, dia cuma pura pura sayangkan Anggun sebab dia nak tebus kesalahan dia, how dare him mama. I just love him too much and this is what i get. I hate him!" Anggun meluahkan segala rasa yang terbuku sekian lama. Mamanya memang seorang yang memahami, Puan Durrah memeluk anaknya seraya berpesan untuk melupakan apa yang terjadi "mama faham, anak mama tak boleh nangis. Apa yang Anggun dapat pun kalau Anggun nangis? Dia takkan datang pada Anggun kan sayang? Mama ada cara untuk Anggun lupakan dia. Jom? kita pindah ikut auntie Farrah ke Scotland?" Puan Durrah sudah fikir semasaknya,biarlah dia pergi ke luar negara sementara segalanya baik baik di sini, salunnya juga telah diserahkan kepada rakan kongsi nya. Dia harus menemani Anggun ke sana, mungkin Anggun dapat melupakan kesedihan nya. Anggun terkesima. Dia tidak tahu, pantaskah dia berjauhan dari Malaysia sementara ni ? Ya ! Anggun nekad, cadangan ini sememangnya yang terbaik , dia harus meletrakkan Putra jauh dari ingatannya . Pergi ke Scotland adalah salah satu cara terbaik untuknya melupakan segala kepahitan bersama Putra. Ibunya dipeluk kuat "Jum,Anggun kena pergi dari sini!"
*****
"Ya Allah Ya Tuhanku, betul ke apa yang aku buat ni? Kenapa sekarang baru aku nak rasa bersalah? Apa yang aku buat dekat Anggun tu memang tak patut" , Putra monolog sendirian setelah selamat tiba di rumahnya. Setelah penat mencari kelibat Anggun, Putra memutuskan untuk pulang sahaja ke rumah. Sepanjang perjalanan, perasaan bersalah bersarang di benaknya. Air mata Anggun yang dilihatnya tadi sungguh mengusik hatinya, ternyata Anggun sememnagnya ikhlas akan cintanya, mengapa dia terlalu buta untuk itu? sepanjang tempoh 30 hari tiada sekelumit rasa cinta di hati , melainkan perasaan bersalah yang menghurung jiwa. Mengapa malam ini , di saat kepergian Anggun dia merasakan sesuatu di hati? Hatinya berdegup kencang, tidak seperti selalu. Gambar Anggun di tatap berkali kali, hatinya tersentuh tatkala mengimbas kembali segala kenangan bersamanya. Ternyata Anggun seorang yang sangat penyayang, dan setia mengapa hanya dia yang terlalu buta akan itu? 'ahh shit! apa yang aku buat ni semuanya salah! kenapa baru sekarang aku sedar yang aku sayangkan dia! No, aku kena call Anggun sekarang, aku taknak hilang dia lagi!' Putra memarahi diri sendiri , lantas telefon bimbit dicapai nombor Anggun lantas di dail,malangnya masih lagi dimatikan. Putra mengambil keputusan untuk menghubungi Hafriz, mungkin Hafriz dapat membantu. Entah apa malngnya hari ini, semua panggilan yang didail tidak terjawab termasuk lah Zahra. Mana tidaknya, jam sudah menunjukkan jam 1 pagi, pastinya mereka semua sudah lena dibuai mimpi. Hanya dia yang merindui sesuatu, ya dia merasakan dia kehilangan sesuatu, sesuatu yang sangat perit baginya. Dalam kemamaian Putra lena dibuai mimpi.
"Kau betul ke dengan keputusan kau Anggun? Aku taknak kau buat keputusan terburu buru, benda ni boleh diperbaiki, lagipun macam mana dengan pelajaran kau semua?" Zahra membuka bicara, di taman perumahan itu Anggun memutuskan untuk berjumpa Zahra dan Hafriz sebelum keberangkatannya. Pagi pagi lagi Anggun sudah menghubungi mereka untuk memberitahu kepergiannya ke luar negara. Hafriz dan Zahra terkejut dengan keputusan Anggun, namun apa lagi yang bisa dilakukan, hatinya perlu diubati. Bertahun menunggu insan yang satu, namun hanya dalam tempoh sebulan segalanya musnah. "Yelah Anggun, lagipun kau tak rindu ke dekat kitorang nanti? jauh kau pergi", Hafriz cuba memujuk. Manalah tahu Anggun akan mengubah pendiriannya."Babe,chill lah. aku bukan nak stay sana forever? i just needs some times untuk legakan hati aku, besides korang dah have each other kan? oh couple senyap senyap konon, macam lah aku tak dapat bau. anyway aku happy untuk korang, kita still boleh contact kan ? now dah maju lah, ada facebook, twitter skype everything, im gonna miss you too tapi this is the best way untuk aku kan? aku bertolak malam ni pukul 8, so aku nak luangkan masa yang ada untuk kawan kawan yang banyak support aku" Anggun menyedapkan hati pasangan kekasih baru itu. Zahra memeluk sahabat karibnya "We all gonna miss you too Anggun, please jaga diri kau dekat sana and stay in touch okay!" Zahra meleraikan pelukan. Anggun hanya tersenyum, dan berjabat tangan dengan Hafriz, insan yang pernah menggilainya suatu ketika dulu."Dont worry lah kawan, korang tetap dekat hati aku.Aku kena gerak dulu,mama nak pergi rumah auntie Farrah, hmm nah" Anggun menghulurkan rantai kesayangannya, lalu diserahkan pada Zahra. "Ambiklah , tanda kenangan kita selama lima tahun bersahabat." Mengalir air mata Zahra dan Anggun, sungguh perpisahan itu terasa begitu berat buat keduanya. "Jaga diri, Anggun. Jangan lupakan kami" Hafriz membuka kata, mereka menghantar kepergian Anggun yang semakin jauh. "I LOVE YOU BFF!" Anggun teriak dari jauh ,disambut dengan lambaian terakhir dari Zahra dan Hafriz. Beberapa minit selepas kepergian Anggun, telefon milik Hafriz berdering. Ianya panggilan dari Putra. "hello! Haf! susahnya kau nak angkat call,weh kenapa aku call Anggun tak dapat dapat? kau tolong ketukkan pintu rumah dia, cakap aku nak jumpa. ada hal penting ni, aku nak bagitahu dia yang sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan dia yahooo! aku dah sayangkan dia Hafriz, sumpah aku tak tipu kali ni, aku nak sangat jumpa dia tolong aku Hafriz kali ni je!" Hafriz hanya mampu terkedu dengan pengakuan jujur Putra.Dia tahu ianya ikhlas, mendengar begitu girang suaranya sudah cukup membuatkan Hafriz percaya memang Putra dilamun cinta, tapi ianya sudah terlambat. Malam ni Anggun akan beredar dari Malaysia,sempatkah Putra mengejarnya nanti? "err,Putra.... i think we should meet. Perkara ni sesuatu berkaitan Anggun, kau tolong datang dekat taman perumahan kitorang, aku tunggu dekat sini, segera sebelum terlambat.Bye!" Hafriz segera mematikan pertalian sebelum lebih banyak lagi yang ditanya oleh Putra.Putra terpinga pinga, apa yang berlaku pada Anggun? Tanpa berlengah Putra segera menghidupkan enjin kereta lalu memecut laju ke arah yang ingin dituju.
"What!!!!!" hampir terbuntang keluar kedua mata Putra apabila diberitahu Zahra dan Hafriz bahwa Anggun akan meninggalkan Malaysia malam ini juga, Putra terpana,baru kini dia sedar tentang kehilangan, hatinya sakit bagai ditusuk sembilu, jika dia tidak ke LCCT dengan segera mungkin dia akan kehilangan Anggun selamnya. "Kalau kau sayang kan Anggun, and taknak kehilangan dia, kejar lah dia Putra, kau cuma tinggal beberapa jam sebelum dia naik flight" Hafriz menepuk bahu sahabatnya dan dia faham akan perasaan ceramuk yang Putra hadapi. Tanpa berlengah Putra menuju ke lapangan terbang, dalam hati dia hanya berdoa agar dia sempat dipertemukan dengan Anggun dan menghalang kepergiannya. Dalam masa yang sama Anggun dan ibunya bersama sama Auntie Farrah sedang menuju ke lapangan terbang,Anggun hanya mampu memandang Kuala Lumpur untuk terakhir kali, dia tidak pasti adakah dia akan menjejaki tanah melayu ini atau menetap di sana dan mempunyai kehidupan baru.Puan Durrah faham akan kerunsingan yang melanda anaknya, tangan Anggun diramas perlahan, bertujuan untuk menenangkan hati si anak yang gundah gelana. "Ma,boleh tak kita berhenti dulu dekat mana mana next stop, Anggun nak tengok KL ni puas puas, boleh tak ? lagipun kita banyak masa lagi ni, please ma?"Anggun memandang ibunya, lalu Puan Durrah mengangguk perlahan. Dia tahu bukan mudah untuk Anggun menerima segala kezutan sebegini. Pemandu tersebut memberhentikan Anggun di sebuah kawasan lapang, hanya dedaun hijau yang memenuhi kawasan, angin sepoi mengalun rambut ikalnya seakan memahami perasaan hati yang sedang berkocak hebat. Putra memandu selaju mungkin, secara tiba tiba tayar nya pancit dan keretanya tercampak di sebuah kawasan lapang. "Sial! time time macam ni lah kau buat hal bodoh punya kereta!" Putra menendang tayar kereta yang pancit, lalu memandang sekeliling berharap jika ada kereta yang mampu membantunya. Di sudut 180 darjah, dia terlihat kelibat seorang gadis sedang berdiri menghadap utara. ye mungkin perempuan ni boleh tolong aku! Putra segera berlari menuju ke arah gadis tersebut. "err maaf cik,cik boleh tolong saya tak kereta saya tayar pancit, kot kot cik ada tayar spare ke?" Putra menegur gadis yang sedang membelakanginya. Hampir gugur jantung Anggun mendengar suara seakan akan milik Putra, Anggun menoleh."Anggun...."Putra terkesima melihat wanita yang dicarinya kini berada di depan mata! Entah hantu apa yang menyinggah, Putra memeluk tubuh Anggun membiarkan Anggun sepi tak berbalas" Anggun! Ya Allah terima kasih sebab makbulkan doaku, Anggun saya memang nak kejar awak ke lapangan kebetulan tayar saya pancit, Anggun tolong jangan pergi tinggalkan saya, saya dah sedar yang saya sayang awak, saya cintakan awak Anggun I love you so much! please jangan pergi,please",Anggun menolak tubuh Putra,setitik airmata nya mula tumpah membasahi pipi.Puan Durrah hanya melihat dari jauh, inilah yang dikatakan takdir tuhan,mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan tak dijangka. "Sayang? cinta? apa yang awak tahu tentang cinta Putra apa!! awak just tahu menyakiti, kenapa sekarang baru awak nak datang,haa ?!" Putra menggenggam tanga Anggun "Anggun awak nak maki saya awak nak pukul saya awak nak tampar saya awak buat Anggun! tapi tolong jangan pergi tinggalkan saya, saya bersumpah atas nama Allah saya cintakan awak! tolong jangan pergi, saya tak tenang dengan kehilangan awak Anggun, tolonglah"Putra merayu pada Anggun, tanpa disedari air mata lelakinya mula gugur ke bumi. Itu adalah kali pertama dia mengalirkan airmata kerana cinta, dan itu hanya untuk Anggun! "Putra, saya pegang pada setiap janji saya pada awak. Saya dah janji dengan awak,selama 30 hari percubaan kita, kalau saya gagal buat awak jatuh cinta dengan saya dalam tempoh tu, saya akan pergi dari hidup awak, awak ingatkan? saya kotakan janji saya,saya takkan ganggu awak lagi." Anggun seakan berserah dengan takdir, tak mungkin dia akan berpatah balik pada lelaki yang selama ini hanya tahu menyakiti. Pada saat ini, Putra hanya mampu berdoa pada Allah agar dilembutkan hati Anggun untuk balik padanya. Sekali lagi Putra merangkul tubuh Anggun "saya sayang awak, Anggun. Tolong jangan pergi......" suara nya semakin lemah, Putra sungguh berharap Anggun tak akan pergi."Lupakan saja....", Anggun meleraikan pelukan, kakinya melangkah menuju ke arah kereta yang sedari tadi terpakir."Jum, mama. Kita pergi," sambil mengesat airmata yang bergelinangan, Puan Durrah hanya memandang sayu pada Putra, mengharap Putra relai kepergian Anggun. Putra mengejar Anggun namun tidak diendahkan, airmatanya semakin deras, Putra terus terusan memanggil Anggun namun Anggun hanya keraskan hati. Hanya Allah yang tahu betapa peritnya dia menerima semua ini. "Anggun saya sayang awak !!!!!Jangan tinggalkan saya Anggun!" Putra berlari mengejar kereta yang sedang maju bergerak ke hadapan hingga akhirnya dia terjatuh terduduk di muka bumi. Sementara Anggun hanya menutup mata kuatkan hati, Putra bukan untuknya. Dia harus pergi, tiada cinta yang berkekalan, hatinya harus diubati, walaupun kehadiran Putra di saat akhir, ianya sudah terlambat. Sebagai wanita, janji harus ditepati! Putra terlambat menyedari kesucian cintanya. "Selamat tinggal Putra,selamat tinggal" Anggun bercakap sendirian. Airmatanya semakin deras membasahi seluruh wajahnya. Putra lemah, tidak berdaya . dalam sekelip mata dia kehilangan seorang wanita yang tulus akan cintanya,Putra menyesali segalanya. Andai kata dia mula menghargai Anggun 30 hari yang lalu, pasti dia tidak akan merasai sakit sebegini.Putra menghantar kelibat kereta Anggun dengan juraian airmata.Tidak semua cinta itu bersatu. Hargai sesuatu sebelum mereka pergi, atau kesakitan yang menemani hati hingga ke akhir hayat.....
Lima tahun berlalu.....
Zahra telah berkahwin dengan Hafriz sebulan yang lepas, ketika Anggun sedang sibuk dengan rekaan fesyen terbarunya, sayang seribu kali sayang Anggun tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya di Terengganu kampung halaman Hafriz, Anggun kini adalah seorang pereka fesyen yang terkenal di dunia, koleksi rekaan fesyennya dinamakan sebagai Anggun bersempena namanya. Manakala Putra adalah seorang model terkenal dan digilai berjuta wanita seluruh asia.Hanya kejayaan yang menghiasi kehidupannya, namun hati .... hanya Allah yang tahu betapa peritnya menyimpan kenangan yang tak eprnah terpadam dari memori.
-TAMAT-
IV : 30 hari mencari cinta
Sunday, 1 January 2012 ★ 09:56 │
Hampir sebulan tiba, Anggun dapat merasakan segalanya berjalan lancar. Putra sudah dapat dimiliki, dan kini tiada apa lagi yang dapat menghalangnya dari terus bersama Putra. Sedang dia rancak mendengar alunan music pop rock dari negara seberang, Anggun mendapat satu panggilan daripada Putra, kedengaran suara Putra sudah cukup membuatkan hatinya berbunga riang. "Hai, sayang. Ada apa call malam malam ni?Rindu saya ye ?haha !" Anggun mengusik nakal, "hmm Anggun, i think we should talk. Boleh tak jumpa kejap? Saya ambik awak".
"Jumpa ? Sekarang pun dah pukul berapa ni, besok je lah. Lagipun, besok kan genap sebulan kita declaire, alang alang kita celebrate sekali, walaupun baru sebulan. haha !", "Look, Anggun. This is serious, and sebab besok genap sebulan tarikh kita lah saya nak jumpa awak malam ni, baru pukul 8 lah Anggun, please jumpa saya kejap? Awak siap siap, saya datang ambik sekarang. Bye!" talian dimatikan. Anggun terpinga pinga, apa yang penting sangat mamat ni sampai nak jumpa malam ni ? Haa ! ni mesti ada suprise. Anggun berbisik dalam hati.
Setengah jam kemudian kelibat kereta mewah milik Putra kelihatan, Anggun meminta izin Puan Durrah untuk keluar sebentar,Puan Durrah hanya mengangguk dan sempat berpesan untuk pulang awal.
Di dalam kereta hanya di isi alunan muzik pop rock, kedua mereka hanya diam membisu. Anggun merasa aneh dengan gelagat Putra, dia tidak semesra seperti selalu. Wajahnya kielat masam mencuka, Anggun tidak mahu bertanya lebih, silap haribulan dia balik dimakinya nanti. Putra memulakan bicara "kenapa diam je harini ? Selalunya mulut awak je pokpek pokepek dekat sebelah telinga saya, datang bulan ke apa?", Putra menyindir bersahaja. Anggun menoleh ke arah Putra yang sedang memandu "saya pelik. Punyalah banyak hari lain, kenapa lah malam ni jugak nak jumpa. Tak menyempat nyempat pulak, apanya yang penting sangat?" yang sebetulnya Anggun masih penasaran tentang pelawaan Putra berjumpa dengannya malam itu. "Kejap lagi awak tahu lah okay?", kereta Nissan Fairlady Z nya terus dipecut laju.Setengah jam perjalanan ,kereta mereka berhenti di sebua tempat. Anggun melangkah keluar, rupanya Putra membawa dia ke taman KLCC. Malam itu, suasana sungguh lengang. Mungkin juga kerana hari ini bukan hari cuti, masing masing di rumah melayani bahtera hidup sendiri. Mereka memilih bangku yang berhampiran berhadapan dengan air pancut yang sungguh indah. Anggun dapat merasakan mungkin Putra ingin menyampaikan sesuatu yang gembira padanya. "Wow ,sweet gila kan awak? ajak dating tengok air pancut macam ni, haha !Awak ,dalam bilik air tu pun ada air pancut lah,"Anggun bergurau manja tanpa dia menyedari bahawa itu mungkin adalah malam terakhirnya bersama dengan Putra. Putra sudah membuat keputusan, dia tidak mahu meneruskan pembohongannya lagi. Hati nya memang bukan untuk Anggun, walau dicuba berkali kali tetapi masih tidak berkesan. Dia tidak mahu melukakan hati Anggun dengan lebih teruk, jadi dia mengambil keputusan untuk menamatkan segalanya malam ini ! Putra menarik nafas panjang sebelum dia ingin memulakan bicara, dia tahu kejujurannya nanti bakal membunuh hati dan perasaan Anggun. Namun, dia sendiri buntu sampai bilakah dia ingin memalsukan diri sendiri di hadapan wanita yang bernama Anggun ? Jari jemari Anggun diramas perlahan, Anggun kaget melihat keresahan di wajah Putra. Apakah sebenarnya yang mengganggu fikiran buah hatinya? "ermm, Anggun. Saya nak cakap sikit dengan awak,but before that saya nak mintak maaf banyak banyak sebab saya tahu apa yang saya nak cakap ni, akan sakitkan hati awak. Dan mungkin jugak buat awak benci dengan saya.", Putra memuntahkan kata. "Putra, awak kenapa ni? awak menakutkan saya lah. Saya ada buat salah ke dengan awak? then, kenapa pulak saya nak bencikan awak ?ilove you! i love you so much, besides kita love each other kan? awak dah dapat terima saya after saya accident haritu? kenapa pulak awak nak mintak maaf awak tak buat salah apa pun dengan saya Putra", Anggun semakin resah, Putra merenung anak mata bundar milik Anggun. Dia dapat mengagak beberapa jam dari sekarang, air mata gadis polos ini akan menghujani pipi mulusnya. Demi ego seorang lelaki, demi kepentingan diri sendiri dia harus meleraikan ikatan ini. Dia harus! "Love each other? Saya tak pernah cintakan awak, Anggun. Saya tak pernah sayang kan awak , dan saya tak pernah sukakan awak. Selama ni, saya terpaksa berpura pura sebab nak tebus kesalahan saya dekat awak, saya taknak awak terus terusan benci saya, sebab saya tahu awak fikir saya lah punca kemalangan awak,dan menyebabkan awak koma.Saya mungkin ambik keputusan bodoh, tak fikir apa effect yang saya dapat, hey at least saya berusaha untuk sayangkan awak. Tapi tak boleh, saya dah cuba. And now saya sedar, sampai bila saya nak tipu diri sendiri kan? Sampai bila saya nak bahagiakan orang lain sedangkan hati saya sendiri? saya harap awak faham Anggun, awak bagi masa 30 hari untuk kita cuba, yess i did tapi perasaan tu tak pernah muncul. Besides, awak janji dulu, if kita tak berjaya menjayakan hubungan ni, awak takkan ganggu saya lagi kan? saya betul betul harap awak tunaikan janji awak. 30 hari tu satu masa yang panjang, Anggun. cukup panjang", akhirnya Putra lega menghabiskan perasaan yang tak terluah. Perlahan lahan Putra memandang wajah Anggun yang sedari tadi hanya diam seribu bahasa. Anggun merasakan perasaannya kosong, apa benar kah yang didengarnya tadi? benarkah selama ini Putra hanya berpura pura menyintainya? Anggun memandang sayu anak mata redup milik Putra. Tanpa disedari Anggun merasakan matanya mula berkolam, hatinya sakit bagai dihiris belati tajam. Dia terkedu dengan pengakuan Putra, perlahan lahan bibirnya mengukir kata "ke..kenapa baru sekarang awak nak bagitahu? lepas apa yang kita dah lalui, segalanya yang kita buat bersama, kenapa awak buat macam ni Putra? kalau awak tak cintakan saya kenapa awak berpura depan saya, kenapa tak biarkan je masa saya accident haritu, kenapa awak tak pergi je dari hidup saya !kenapa awak mainkan hati dan perasaan saya ,apa salah saya Putra!" suara Anggun kian meninggi, dia sudah tidak tertahan dengan pengakuan yang didengarinya. "Sebab awak degil! Awak degil Anggun! saya dah cakap dulu tapi awak nak jugak cubakan? awak yang nak sangat kan dengan saya, then be on it!" Airmata Anggun kian menjurai, sungguh dia tidak dapat menerima kenyataan ini, ianya sungguh perit. Anggun mengundur setapak demi setapak ke belakang, terus berlari meniggalkan Putra. "Anggun! awak nak pergi mana tu! Anggun, Anggun!!" Putra memanggil Anggun tapi tidak diendahkan. Dalam sekelip mata Anggun hilang ditelan kegelapan malam. Putra mencari Anggun dengan menaiki kereta miliknya, hampir seluruh taman itu dia mencari namun tidak ketemu. Telefonnya ditutup, ini semakin membimbangkan Putra. Selama lebih kurang tiga pusingan, Putra mengalah. Dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja.
TO BE CONTINUED...
III : 30 hari mencari cinta
Tuesday, 20 December 2011 ★ 05:52 │
Dua minggu sudah berlalu, Anggun semakin tenang. Hatinya terubat dengan kesungguhan Putra menemaninya. Kini Anggun sudah kembali seperti biasa dan bersekolah seperti selalu. Dia sungguh terhibur kerana Putra yang selama ini cuba menjauhkan diri darinya semakin ingin mendekatinya. Anggun merasakan mereka seperti benar benar pasangan kekasih. Putra menunjukkan perubahan total, dia semakin lembut dan romantik. Tiap kali pulang sekolah, Putra akan menunggu di bawah tangga blok kelas Anggun berada. Mereka akan pulang beriringan berpimpin tangan, Anggun percaya yang Putra sudah mula jatuh cinta padanya, mungkin ada hikmah disebalik kemalangan itu. Setiap hari Putra dilayani dengan perangai Anggun yang bermacam macam. Kadang dia garang, terkadang dia manja. Memang Anggun sungguh berlainan dari gadis yang lain, tetapi entah mengapa perasaan sayang tak pernah wujud buat Anggun. Selama ini, dia hanya berpura pura bahagia bersamanya hanya kerana perasaan bersalah yang dialaminya. Dia ingin menebus kesalahannya terhadap Anggun. Walaupun telatah Anggun terkadang mencuit hatinya, dia tetap tidak merasa perasaan aneh seperti diperkatakan sebilangan orang, apabila kita jatuh cinta mulalah perasaan aneh menjelma. Selama hampir seminggu dia berpura pura menyayangi Anggun, dia menghitung hari sehingga genap 30 hari dan bersedia untuk memberitahu Anggun perkara sebenar. Sungguh, dia tidak tahan menipu diri nya sendiri. Putra kembali ke alam realiti, ya inilah realitinya. Membohongi diri sendiri demi menebus kesalahan diri, tangannya dipimpin rapi oleh Anggun. "Cerita tadi syok gila kan wak? haihh , sweet gila diorang tu, kalau lah kita ni pun sweet macam dorang, aww sukanya saya", Anggun menghentikan lamunan Putra, dia hanya mampu tersenyum "kenapa sekarang ni kita tak cukup sweet ke adik manis?" ,wajah Anggun merona kemerahan. Seumur hidupnya dia tidak pernah merasakan kebahagiaan bercinta dan kini selama bertahun dia menanti, segalanya tercapai. Sungguh, dia bahagia kini kerana berjaya memiliki Putra tanpa dia tahu ada hati yang sedang merintih.
*****
"Aku dah lama sukakan dia Zahra. Dah bertahun aku pendam perasaan ni, dah macam macam aku tolong dia, aku buat semua tu demi dia kau tahu tak. Aku nak dia nampak aku sayangkan dia, more than everything.", luah Hafriz kepada Zahra . Mereka berjanji untuk bertemu di Tasik Titiwangsa, Zahra tahu ianya tak lain tak bukan tentang Anggun. Zahra hanya mampu menadah telinga, sedangkan hatinya bagai disiat siat mendengar luahan jujur Hafriz. Sejak Zahra mula berpindah ke sekolah itu dua tahun yang lalu, mereka adalah rakan kelas. Hafriz menjadi ketua kelas manakala Anggun pula menjadi penolongnya. Entah angin apa yang Hafriz dapat, mereka menjadi rapat kerana Zahra seorang pendengar yang baik. Tanpa dia menyedari Zahra menyimpan seribu satu perasaan terhadapnya. "Hmm , Hafriz. Kau pun tahu kan yang Anggun memang sayangkan Putra ? Dia sanggup buat apa je untuk dapatkan Putra , lagipun sekarang mereka dah bersatu, sweet gila aku tengok diorang. Kau lupakan lah Anggun, ramai lagi perempuan yang mungkin mengharapkan kau,who knows?" , Zahra cuba memujuk. Hafriz diam membatu, dia memang tahu penantian nya selama ini hanya sia sia. Ada benarnya kata Zahra itu, dia harus melangkah maju setapak ke hadapan, sampai bila dia harus emnuggu benda yang tak pasti, lagian mereka sekarang sudah menjadi pasangan kekasih. "Betul lah kata kau Zahra, mungkin Anggun bukan untuk aku. "Jumlah, hari dah nak petang" , Hafriz bangkit dari bangku di bawah pohon rendang, Zahra mendahuluinya ke depan. "Err Zahra" , Zahra menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Hafriz "Thanks okay ? sebab kau banyak bagi nasihat dekat aku selama ni, siapa dapat kau memang beruntung. Kau memang pendengar setia yang baik Zahra" , Hafriz menghantar senyuman kepada Zahra , "It's okay dude. Kau kan kawan aku." Mereka jalan beriringan.
*****
Putra gundah , sudah hampir minggu ke-empat dia berlakon di hadapan Anggun, hanya kerana ingin menebus setiap inci kesalahannya tiga minggu lalu. Namun jauh di sudut hati kecilnya, dia mengakui kejujuran Anggun menyintainya setulus hati. Raut wajah Anggun cukup menjelaskan kesetiaan Anggun terhadap dirinya,malangnya entah mengapa hatinya masih belum terbuka untuk gadis manja itu. Sungguh, dia aneh mengapa dia tidak merasakan cinta sebagaimana perasaan Anggun terhadapnya. Putra masih ingat beberapa hari yang lepas...
"Putra !Awak tak apa apa ke ni?" Anggun membantu Putra membetulkan jalannya, tanpa disengajakan Putra terjatuh ketika berlatih futsal. Lukanya tidak berapa teruk, namun kerisauan di wajah Anggun seperti dia patah kaki, Putra tersentuh melihat Anggun mengusap lembut lukanya, terasa dingin dan hilang segala kesakitan di lutut kirinya. Perlahan lahan wajah Anggun direnung tajam tatkala Anggun sibuk membersihkan lukanya. Hatinya berdebar hebat, ah mungkin itu kerana dia tidak pernah dilayan sebegitu manja. Itu bukan kerana dia jatuh cinta, Putra menafikan sekeras kerasnya bahawa berkemungkinan dia bisa jatuh cinta terhadap Anggun. "Hmm, dah siap! Saya dah balut luka awak ni, mungkin lagi dua tiga hari eloklah ni. Jangan tanggalkan pembalut ni ye, nanti biar saya yang gantikan. Dah, jum saya papah awak balik. Bak kunci kereta, biar saya drive", Putra mengiyakan sahaja, yang sebenarnya dia kaget dengan tindakan Anggun, dia sangat prihatin dan penyayang. Putra kembali dari berkhayal, perlahan lahan dia menyentuh lukanya yang dibalut oleh Anggun. Nampaknya kian pulih, lantas dia tersenyum.
TO BE CONTINUED...
II : 30 hari mencari cinta
Monday, 19 December 2011 ★ 21:49 │
Anggun menyisir rambut nya ke tepi, hari ini adalah hari pertama dia menjadi kekasih kontrak buat Putra, entah berjaya atau tidak dia sendiri tidak tahu,yang penting baginya sekarang adalah Putra sudah pun dimiliki dan dia harus melaksanakan rancangannya untuk membuat lelaki bongkak itu tunduk pada dirinya.Anggun tersenyum puas melihat kecantikan semula jadi dirinya, memang tak dapat dinafikan wajah putih mulus Anggun menjadi santapan lelaki gatal, bukan seorang dua yang mencuba nasib malah sudah berpuluh yang di
reject nya. Hati nya hanya untuk Putra,bukan untuk orang lain . "Hmm , anggun jugak aku ni,memang padan pun mama letak nama anggun untuk aku", Anggun menyeloroh sendiri sambil tersenyum."Itupun kau taknak lagi dekat aku? kecoh lah kau ni Putra, punya lah ramai mamat handsome nak dekat aku,kau patut bersyukur aku pilih kau,hahaha!" ,sambil menggalas beg merah jambunya dan membetulkan uniform , Anggun menyemburkan minyak wangi kesukaannya. Perlahan lahan kakinya dihayun menuju ke muka pintu. Kelihatan Puan Durrah sedang memerhati dari pintu dapur, Anggun menuju ke arah Puan Durrah dan menyalami wanita lingkungan 30 an itu. "Semalam Zahra call mama masa Anggun tidur, dia ceritakan semuanya dekat mama. Apa yang Anggun buat tu, tak betul tahu tak. Mana ada dalam dunia ni main kekasih kontrak ?Anggun ni dah tak betul agaknya?" , Anggun mencebik sambil dalam hatinya menghamburkan rasa kecewa terhadap Zahra yang langsung tidak tahu menyimpan rahsia. Tanpa melengahkan masa , Anggun sempat mengucup kedua pipi ibunya dan meneruskan langkah menuju ke muka pintu, "mama tak payah lah risau , Anggun tahu apa yang Anggun buat.Anggun pergi dulu , mungkin Anggun balik lambat , ada hal . bye" , kelibat Anggun semakin menjauh , Puan Durrah menghemburkan nafas , '
perangai tu tak ubah macam bapak kau, degil dan berhati batu' .
*****
Selesai sesi persekolahan, Anggun menghantar pesanan ringkas pada 'kekasih' barunya. Dia ingin berjalan beriringan pulang bersama seperti pasangan kekasih yang lain. Pada mulanya Putra ingin mengelak , tapi sempat dikejar oleh Anggun. Zahra terpinga pinga pabila Anggun terus berlari meninggalkan dirinya. Anggun menarik laju tangan Putra lalu diletakkan di pinggang sambil tersenyum . "Ehh , tak perlu buat macam ni kot!" , Putra berasa rimas diperlakukan begitu. "Chill lahh bie , kita kan couple," Anggun membuat muka selamba tanpa menyedari ada sepasang mata yang memperhatikan kegedikannya dari jarak jauh .
"Kau tengok tu Sara , gedik betul betina tu ikutkan hati aku ni nak aku tarik je tocang kuda dia baru puas hati aku , apahal diorang boleh couple haa dia tak tahu ke aku ni girlfriend kesayangan Putra?" Tiara memulaskan rasa tidak puas hatinya, Tiara adalah anak kepada rakan karib Datin Shira ,mereka memang rapat semenjak kecil tapi sayangnya Putra tidak mempunyai rasa sayang terhadap dirinya. Bagi Tiara , dirinya sudah cukup sempurna , wajah kacukan Portugis yang di milikinya cukup membuatkan hati lelaki tertawan. Dia menuju ke arah Putra dan Anggun sebelum sempat Sara menahan . "Putra ! Putra , tunggu I kejap!" , kedua mereka menoleh ke belakang lalu menghentikan langkah, 'apa lah si gedik ni nak', Anggun bermonolog sendiri dalam hati, lalu pinggang Putra dirangkul kemas sengaja ingin menunjuk pada Tiara. "Anggun could you please let me go, saya rimas awak menyotong macamni" , Putra menghempas tangan Anggun ke bawah sambil mencapai tangan Tiara "Jum Tiara , kita balik sama" , Putra mengepit tangan kanan Tiara lalu mereka jalan beriringan ,dalam hati Putra mengeluh lega azabnya bersama 'perempuan gila' itu sudah terlepas, dia lebih rela bersama dengan Tiara daripada menghabiskan waktu dua puluh minat bersama Anggun . Anggun sebal diperlakukan begitu, bukan kah dia sudah berjanji untuk memberinya peluang membuat Putra jatuh cinta padanya, 'semua nya salah kau Tiara !Kau ni manusia busuk hati kau tau tak, tong sampah kantin tu pun tak sebusuk hati kau ni !', Anggun menghelakan nafas marahnya dan meneruskan langkah pulang.
Anggun menghempas tubuhnya ke sofa, wajahnya kelihatan sungguh kelat. Sungguh dia tidak menyangka Putra akan berkelakuan begitu,walhal mereka sudah menjadi pasangan kekasih , berpuluh pesanan ringkas dihantar pada Putra, satu pun tidak dibalas. Anggun menutup telefon bimbitnya dan beralih ke kamar mandi, dia harus membersihkan diri dan berjumpa dengan Putra petang nanti,dia harus!
*****
Putra mengeluh lega, walaupun dia terpaksa bermanis muka dengan Tiara, asalkan dia dapat menghindarkan diri dari 'kekasih' kontrak nya itu, dia sudah cukup bersyukur. Baju sekolahnya ditanggal lalu bergegas ke kamar mandi,dia mendapat mesej dari Hafriz, rakan sekelasnya untuk berjumpa petang nanti di Tasik Perdana, jam menunjukkan hampir 3.30 petang,dia harus bergegas kerana Hafriz adalah seorang yang menepati masa,dia tidak mahu membuat rakannya tertunggu tunggu.Selesai berwangian, dia menuruni anak tangga, Datin Shira memandang aneh anaknya, Putra begitu tergesa gesa seperti dikejar hantu. Datin Shira sempat menegur anaknya , Putra hanya membalas malas. Pintu rumah dibuka luas, kasutnya disarung kemas lalu menghidupkan enjin kereta Nissan Fairlady Z yang baru dia perolehi sebagai hadiah ulang tahun harijadinya yang ke 17 Julai lepas.Kereta sportnya dipandu laju meninggalkan bunyi kuat enjinnya.
Anggun sudah lama berada di sekitar Tasik Perdana, dia yang berpakat dengan jirannya Hafriz agar pertemuan dengan Putra dilaksanakan. Anggun tahu jirannya sudah lama menaruh cinta padanya, tapi dia tidak mengendahkan. Dia cuma menggunakan Hafriz sebagai senjata buatnya untuk merapatkan hubungan dia dan Putra Arman. Hampir setengah jam menunggu, Anggun membetulkan duduknya dan dialih semua rambutnya ke bahu kiri. Kelihatan kelibat Nissan Fairlady Z milik Putra memecut laju lalu diparkirkan di tempat letak kereta. Anggun tersenyum puas, rancangan nya membohongi Putra telah berjaya. Di dalam kereta, Putra kaget melihat susuk tubuh wanita yang sangat dibencinya sejak dua hari yang lepas. '
Damn it !
Apa perempuan tu buat dekat sini?' Putra tertanya di dalam hati. Tanpa melengahkan masa, dia mendail nombor Hafriz, malangnya tidak mendapat sambutan. Putra keluar menuju ke arah Anggun yang tersengih seperti kerang busuk,meluat sungguh dia dengan si anggun yang tak lah anggun pun. Dari jauh Anggun melambai lambai manja ke arahnya , dia menyambut dengan senyuman sinis, '
huh siap lah kau perempuan'. "Mana Hafriz ?"Tanpa melengahkan masa Putra memuntahkan soalan, terasa jarinya diramas halus. Anggun menarik jari jemari milik Putra untuk duduk bersebelahannya di bangku itu. "Sampai hati awak tinggalkan saya terkulat kulat tadi, saya kan girlfriend awak and it should be awak jalan dengan saya tau tak , bukan dengan Tiara tu!" Anggun membuat mimik merajuk, rambut ikalnya diulas dengan jemari runcing miliknya, sekali sekala Putra terliur dengan tindakan manja Anggun namun ditepis laju kerana dia menanam ego nya untuk terus membenci wanita yang membuatkan dia terjerat dengan hubungan terpaksa. "Kita cuma pasangan kontrak, ehh awak ni tak faham bahasa ke? saya geli tahu tak awak menggedik sana sini, kalau saya tahu lah awak yang plan semua perjumpaan ni, lebih baik saya tidur lah!" , Putra sudah mula dapat mengagak sejak dia keluar dari pintu kereta tadi, ni semua mesti rancangan Hafriz dan Anggun bersama. "Putra, awak janji awak nak bagi saya peluang untuk cuba seribu satu cara supaya miliki hati awak, tapi kalau awak pun tak berkerjasama ,jangan kata kan 30 hari, 30 tahun pun belum tentu menjadi lah !", Anggun mula meninggikan suara, ego Putra seakan tercabar pantas rambut ikal Anggun direntap kuat " kalau aku cakap aku tak suka kan kau, tak suka lah! apasal susah sangat kau ni nak faham bahasa hah perempuan! ", Anggun kaget diperlakukan begitu, dia tidak pernah menyangka Putra akan mengasarinya sebegitu, perlahan lahan dia merasakan cecair panas di dalam anak matanya, terasa setitik air jatuh ke pipi mulusnya. Putra tersentap, wanita ini menangis! Ya Allah apa yang aku buat ni ?! Mengasari seorang wanita itu dayus, dia cuma cintakan aku ! tiba tiba satu suara serak basah kedengaran, " Kalau awak benci sangat dekat saya pun, tak perlu berkasar dengan saya" , Anggun mengungkap kata kesalnya teresak esak. Pantas dia bangun dan berlari ke arah jalan raya ,sempat dia mendengar Putra melantangkan suara ke arahnya sebelum sesuatu yang besar melanggar tubuh kecilnya itu. Anggun tercampak di suatu sudut, Putra yang menyaksikan kemalangan itu berlari sepantas kilat menuju ke arah Anggun, kelihatan darah mengalir dari kepalanya. Putra merangkul kepala Anggun sambil menjerit meminta pertolongan, Anggun terasa dirinya seakan melayang, kepalanya seperti dihentak dengan batu seberat lima tan, darah pekat mengalir membasahi seluruh wajahnya, Anggun sudah tidak bermaya lagi, perlahan lahan matanya tertutup rapat tanpa menyedari apa apa yang berlaku.
*****
Sudah seminggu Anggun terlantar di Hospital Kuala Lumpur. Puan Durrah tidak henti henti membaca ayat suci Al-Quran dan Yassin buat satu satunya puteri kesayangan yang dia miliki. Airmata kasih seorang ibutidak henti henti mengalir, mengharapkan wajah ceria si Anggun kembali menghiasi tatapan matanya, baginya biarlah dia yang pergi dahulu, dia tidak sanggup kehilangan satu satunya zuriat yang dimiliki. Ada suami, tapi pergi bersama perempuan lain, selama ini Anggun lah racun, Anggun jugalah penawarnya. Terimbau seminggu yang lepas, selesai solat Asar dia menerima panggilan dari nombor milik Anggun, hampir luluh jantungnya tatkala mendengar suara cemas Putra memberitahu bahawa Anggun ditimpa kemalangan, yang menerukkan keadaan lagi pemandu itu tidak mahu bertaggungjawab. Kes langgar lari, Puan Durrah bergegas ke hospital tempat Anggun dirawat. "Macam mana Anggun boleh kemalangan ni, apa yang kau dah buat pada anak auntie! Ya Allah, siapa yang bertanggungjawab atas kemalangan ni bagitau auntie!" , Puan Durrah menyelak anak rambutnya ke belakang, wajahnya diraup perlahan. Putra berasa kesal, semua ini mungkin salahnya. Andai kata dia tidak berkasar terhadap Anggun, pasti Anggun tidak merajuk dan berlari ke arah jalan raya. "Maaf, auntie. Kes langgar lari, saya sendiri tak tahu, perkara ni berlaku begitu pantas. Kami bertelingkah, saya tak sangka Anggun mengambil keputusan sedrastik begitu, ni semua salah saya. Maafkan saya", Putra menunduk serba salah.
Puan Durrah kembali ke alam nyata. Kelihatan wajah pucat anaknya, membuatkan hatinya semakin diruntun pilu, sudah seminggu anaknya terlentang berpejam mata. Puan Durrah memanjatkan doa, agar anaknya kembali seperti sediakala. Tiba tiba pintu bilik dikuak perlahan, Puan Durrah menoleh ke arah pintu dan melihat susuk tubuh Putra yang sedang berdiri menghadapnya. Putra meneruskan langkah, lalu tangan Puan Durrah disalam tanda hormat. "Maaf, auntie. Saya datang nak melawat, dah seminggu dia terlantar tapi saya langsung tak menjenguk, rasa serba salah ni semakin mendalam auntie, mungkin saya patut melawat dia walaupun dia gadis yang saya benci", Puan Durrah tersenyum pahit. Melihat kesungguhan Putra, dia lalu mengizinkan Putra berada disamping Anggun dan beredar memberi dia peluang bersama. Putra mengambil alih tempat yang diduduki Puan Durrah sebentar tadi. Setelah menghantar kepergian Puan Durrah, Putra memandang sayu wajah polos Anggun, tanpa sebarang alat solek seperti yang selalu dilihat terserlah keserian semulajadi wajahnya walaupun dalam keadaan yang sangat pucat. Putra mencapai jari jemari runcing milik Anggun, lalu diletakkan di dahinya "Anggun, maafkan saya. Saya tak patut berkasar pada awak. Saya tahu awak dengar, dan saya berharap awak dengar Anggun. Tak dapat dinafikan memang saya tak sukakan awak diatas kedegilan awak tapi saya tetap rasa bersalah, kalau lah saya tak berkasar dengan awak, mungkin awak masih tak henti henti ganggu saya kan? Anggun, awak tak boleh pergi lagi, awak lupa janji awak pada saya ? Awak akan buat saya jatuh cinta pada awak dalam tempoh 30 hari, dan saya tahu awak bukan enis manusia yang memungkiri janji, bangun lahhh Anggun tunaikan janji awak", suara Putra semakin sayu. Setelah selesai segala luahan hatinya, dia bertindak ingin meninggalkan tempat itu. Putra tersentap tatkala merasakan jari jemari yang digenggam tadi memberi tindak balas. Tanpa buang masa Putra berlari memanggil doktor dan Puan Durrah. Masing masing kelam kabut, para doktor terpaksa meminta kedua mereka beredar kerana ingin menjalankan rawatan.
Hampir satu jam telah berlalu, doktor yang sama keluar dengan wajah yang gembira. "Alhamdulillah, anak puan dah sedar", sambil tersenyum gembira doktor sempat berpesan dia tidak boleh diganggu sehingga kesan biusnya tamat. Puan Durrah mengucap syukur, lalu tanpa disedari dia mendakap tubuh Putra "terima kasih, nak! terima kasih, sekarang auntie dah tahu betapa dalamnya cinta Anggun terhadap Putra, tolonglah jangan sia siakan dia lagi. Ingat, hargai sesuatu sebelum terlambat." Puan Durrah beredar meninggalkan Putra yang terping pinga kebingungan. Putra juga kaget melihat keadaan Anggun yang telah sedar, sungguh dia tidak menyangka Angguh mendengar luahan hatinya sebentar tadi.
*****
Tiga hari Anggun ditahan wad untuk menjalani susulan rapi, akhirnya dia diboleh keluarkan dari hospital. Keriangan wajah anak beranak itu sungguh jelas kelihatan, Putra yang membantu mereka mengemas barang juga mempamerkan senyuman, tapi dibalas jelingan tajam oleh Anggun. Sungguh, hatinya masih tidak dapat menerima ketibaan Putra walaupun semenjak dia sedar dari koma Putra tidak pernah alpa dari menjenguknya. Berkali kali dia mendengar ucapan maaf dari Putra, namun hanya diendahkan. Putra sebal dengan tindakan Anggun namun dia harus kuat menerima hukuman, memang salahnya pun hingga menyebabkan Anggun koma. Ibu Anggun menasihat Putra agar bersabar, dia masak benar dengan perangai Anggun, hatinya tidak lah sekeras kepalanya. Suatu saat nanti, dia pasti memahami kondisi sebenar cuma dia perlukan waktu untuk menerima segalanya. Kelihatan Zahra datang bersama Hafriz, menolong apa yang patut. Sepanjang Anggun koma, Zahra dan Hafriz tidak henti henti dari menunaikan solat hajat, mereka tidak dapat melawat Anggun kerana aktiviti sekolah dan tuisyen, maklum saja lah hanya beberapa bulan lagi peperiksaan SPM akan menjelang. Anggun faham akan situasi itu. Selesai berkemas mereka mengambil keputusan untuk menghantar Anggun sehingga ke rumah, namun ditolak secara baik oleh Anggun dengan alasan dia perlukan rehat, walhal dia tidak mahu Putra menyusul kerrumahnya. Sungguh sakit hati dirasakan, lebih sakit dari bisa di kepalanya.
TO BE CONTINUED....
I : 30 hari mencari cinta
★ 12:35 │
*synopsis :
'30 hari mencari cinta' berkisarkan tentang Anggun ,seorang gadis nakal dan lincah yang selama ini mendambakan jejaka idamannya ,Putra . Demi mendapatkan sesuatu yang diingini , dia bertaruh dengan rakan karibnya Zahra bahawa suatu masa nanti dia pasti akan miliki hati dan jiwa Putra. Dengan itu , dia mencuba pelbagai seribu satu cara untuk menambat hati putera idamannya demi janji nya terhadap Zahra dan juga keinginan hati sendiri. Malangnya , Putra adalah seorang anak orang berada yang tidak mempercayai kewujudan cinta, seumur hidupnya hanya dihabiskan dengan keseronokan wang dan perempuan.Apakah yang dilakukan Anggun demi mendapatkan cinta sang Putra idaman ?
HARI PERTAMA MENCARI CINTA . . .
Setelah tamat waktu persekolahan, Zahra mengejar Anggun yang jauh meninggalkan dirinya ke belakang sambil memanggil Anggun untuk menghentikan langkahnya, Anggun berhenti menapak lalu menoleh ke belakang, tawanya dihambur keluar tatkala melihat wajah kemerahan temannya akibat membuka seribu langkah semata untuk mendapatkannya, sambil tersenyum sinis dia membuka kata " haa , apa masalah kau ni pompuan ? macam dah takde hari esok kau nak jumpa aku kan ?" , dia ketawa lagi . "Kepala hotak kau , wehh kau ni dah gila ke apa ??? Kau tak malu ke dengan apa yang kau buat dekat Putra ? Aku tau lah kau memang gila kan budak poyo tu, tapi takkan sampai tundukkan diri kau depan dia , eiyuu please lahh babe !" walaupun mengah, Zahra tetap ingin menghamburkan ketidakpuasanhatinya terhadap rakan baiknya itu. Anggun mula berpura pura tidak tahu apa apa lalu menghayun langkah menuju ke destinasi . "Haeklahh kau ni raa , aku tahu lah apa aku buat kau sabar sikit boleh tak ? Ke kau jealous babe , sebab aku berani luahkan perasaan aku , hahaha ! Alahh , lagipun nowdays dah takde lagi lah istilah perigi cari timba ke,gayung cari air ke, now dah moden okay , please lah jangan nak kuno sangat Zahra" , dengan selamba dia menyindir rakannya itu kerna dia tahu apa tujuan Zahra mempersoalkan tentang kelakuannya di sekolah tadi. Zahra terdiam seribu bahasa ,dia memang masak benar dengan keras kepala sahabat baiknya itu, kalaupun dihentak dengan penukul besi,samada penukul itu yang retak seribu atau tangannya yang retak empat belas.Anggun memang popular dengan perangai keras kepala dan tahap keyakinan yang tinggi, mungkin itu juga penyebabnya Anggun sering menjadi tumpuan guru kerana keberanian yang dia miliki boleh membuatkan dia menjadi juara untuk setiap pertandingan yang selalu diwakili.Sambil mengambil simpang masing-masing, Zahra sempat berpesan pada Anggun supaya ubah perangainya yang agak kebudak-budakan,dia bukan apa cuma dia sendiri khuatir dengan tindakan Anggun pagi tadi boleh memalukan dirinya sendiri. Maklum sajalah kaum wanita adalah kaum yang sering ditindas, dia tidak mahu kawannya kelak menjadi bahan ketawa sang lelaki. Zahra semakin panas hati apabila melihat gelagat Anggun yang langsung tidak memberikan respon ,dalam hati nya berkata '
aku fikir kau ni kawan baik aku je,kalau tak aku dah lama hempuk kau dengan spoiler jiran nenek aku tu tau tak' , Anggun berpaling menghadap wajah kelat sahabatnya , "wehhh choiii , aku dah janji dengan kau babe , ni dah lah last year aku mengadap sekolah buruk ni, kau tahu kan dari aku darjah 1 memang aku usha Putra ? Cuba kau fikir , kalau bukan sekarang masanya ,then bila lagi ? tahun depan, entah jumpa ke entah tak , at least aku try Zahra ,kau ni support aku sikit boleh tak ?" , kelihatan Zahra seakan ingin memberi respon lalu dihalang pantas oleh Anggun , "dah kau jangan nak membebel bagai , penat aku dengar kau pokpek pokpek dari tadi , kau sambung besok je pokpek pokpek kau tu nok . Papehal kau text aku babe ,bubyeeeee !" Anggun mengambil simpang kiri menuju ke rumahnya sambil melambai manja pada Zahra, tanpa berkata apa apa Zahra mengeluh dan mengambil jalan pulang.
*****
Pintu rumah dikuak perlahan, selangkah demi selangkah Putra menghayunkan kaki di atas lantai marmar berwarna putih mutiara itu. Terasa dingin telapak kakinya tatkala menghenyekkan kakinya ke dalam rumah, mana tidaknya lihat sajalah jam dinding yang menunjukkan angka 3 pagi. Putra melajukan langkahnya untuk terus menaiki anak tangga, hampir gugur jantungnya secara tiba tiba lampu rumah yang gelap gelita tadi dinyalakan. "Kau pergi mana ni ngah sampai pagi pagi buta ni baru kau nak balik?" , kelibat Datin Shira membuat pergerakan Putra terbantut, perlahan lahan dia memandang ibunya berserta alasan yang memang dari awal dia sudah cipta untuk diberikan pada ibunya. "Err , tadi angah ada latihan futsal lah bu, kitorang main sampai tak ingat dunia, tak sedar pulak dah pagi. Angah ingat baru pukul 10, hehe", Putra menyengih sambil menyalam ibunya. Datin Shira menyambung lagi "ibu ni bukan apa, ibu risau kau balik malam malam buta macam ni tau tak, sekarang ni banyak kes kes jenayah.Kau tu bukan nya kuat sangat pun,lembik aje.Sudah,naik atas tidur. Besok kan nak sekolah" ,Datin Shira menyambut salam sambil mengucup dahi anaknya,sudah kebiasaan dari kecil dia pasti akan memberikan kucupan kasih sayangnya kepada semua anak anaknya , walaupun kadangkala Putra berasa malu akan tindakan itu ,tapi dia merelakan saja. Dia tetap anak ibu. "Angah naik dulu lah ibu,penat ni badan pun dah melekit.Assalamualaikum" , Putra memijak satu demi satu anak tangga seramik itu sambil bermonolog di dalam hati 'fiuhhhhh,nasib baik dia tak banyak soal siasat macam CSI tu,mahunya aku nak korek alasan lagi ,pagi pagi ni dah lah otak aku buffering sikit. Kalau tak, confirm habis kantoi aku lepak Modesto's tadi'. Badannya dicampakkan ke atas tilam empuk bercadar biru laut,setelah mengunci jam loceng untuk ke sekolah besok pagi, dia melihat handphonenya untuk kali terakhir sebelum tidur ,tertera satu mesej dari 'unknown number' , dalam hati nya sudah dapat meneka siapa gerangan tuan kepunyaan nombor itu , Putra membaca perlahan 'SELAMAT MALAM,PUTERA KU YANG KACAK.HAHA !'. Pantas telefonnya dimatikan tanpa membalas sebarang reaksi pada mesej itu.Perlahan dia mula melelapkan mata yang kian kendur.Masih terngiang suara gadis berkulit gebu itu siang tadi.
"Awak tolonglah bagi peluang dekat saya. Awak kena lah bertanggungjawab! Awak yang buat saya angau pada awak tahu tak!" Anggun merentap pergelangan Putra sewaktu mereka bertembung di kantin sekolah pagi tadi."Ehh, apasal pulak?Saya tak suruh pun awak tu angau dekat saya",Putra membalas sambil menuding jari di dahi Anggun, sambil menghayunkan langkah Anggun pantas menahan . "Ahh , takde saya tak kira.Saya nak awak jadi boyfriend saya juga, ada saya kisah ?" ,dalam hati Putra mula menganggap perempuan ini separuh gila.Bukan lah besar pun kesalahannya tadi, cuma tertumpahkan air sirap yang dipegangnya. Lagipun , salah dia juga sebab tak tahu sabar menunggu giliran ,main langgar aje. Memang padan dengan muka,Putra tidak tahu bahawa itu adalah salah satu dari rencana Anggun untuk membuat mereka bertegur,kerana selama 11 tahun mereka berada si satu sekolah, seminit pun mereka tidak pernah mengungkap sepatah kata.Tidak sangka akhirnya rancangan Anggun membuahkan hasil.Putra menyambung bicara "saya tak suka kan awak,faham tak ? apatah lagi jatuh cinta dengan awak then tell me how can Inak be your boyfriend?Takde maknanya saya nak couple dengan awak yang freak gila ni, mimpi ngeri tahu tak!", giliran Anggun membuahkan kata, "but wait, mana ada orang lahir lahir terus boleh cakap ? sama lah macam kita, cuba dulu boleh tak?tak cuba mana nak tahu hasilnya !Saya suka awak ,since saya masuk sekolah ni and jumpa awak, seriously saya tak boleh lupakan awak. Okay okay macam ni, kita jadi psangan kontrak ? kita cuba dulu selama 30 hari, and dalam waktu tu saya akan cuba sedaya upaya saya untuk buatkan awak jatuh hati pada saya, amacam setuju chorr?" , Putra tersenyum sinis lalu memuntahkan kata "and how about if this contract relation will not make me fall in love dengan awak ?" , " ermm, kalau tak berjaya saya janji saya takkan ganggu awak lagi . Keep my words ." Anggun menatap anak mata hazel milik Putra dengan harapan dia nampak keikhlasan di hatinya. "Alright, saya adalah lelaki yang jenis tak suka berhutang , dan memandangkan saya dah tumpahkan air yang tak seberapa ni, saya terima permintaan awak untuk tebus kesalahan saya, ingat ! cuma sebulan , okay ?. "Deal" , Anggun melepaskan genggaman nya dan berlari anak menuju ke kelas kerana loceng menandakan waktu rehat telah tamat. Dia tidak mempedulikan beberapa pandangan sinis terhadapnya , janji permintaan nya telah tercapai dan dia kini berhasil memiliki putera idamannya walaupun secara paksaan.
Putra kembali ke alam nyata ,lama sungguh dia berkhayal tentang 'that freak lady' itu.Dia sendiri puas berfikir, sial jenis apakah yang dia telah dapat sehinggakan terpaksa menjadi kekasih orang secara paksaan,tidak pernah terlintas di benaknya bahawa dia akan melalui situasi begini. 'Ah ,pedulikan . Dia yang nak sangat jadi awek aku kan , dia belum kenal aku lagi.Ni Putra Arman lah kawan, selamat datang ke alam derita. Hahahaha ! Uhukk uhukkkk, tergelak over pula aku ni' . Lenanya terus terbuai setelah dipejam beberapa kali.
*****
TO BE CONTINUED...
|