PART I : SAAT TERAKHIR
Friday, 3 February 2012 ★ 00:34 │
sinopsis : SAAT TERAKHIR mengisahkan tentang kisah cinta antara Kasih Kirana dan Azril Ikhwan yang terpaksa berpisah di saat hari pernikahannya akibat kepergian Azril yang disahkan menghidap tumor otak. Kasih tidak dapat menerima kepergian Azril , dia menjadi seorang yang pemarah ,baran dan sepi . Hidupnya hanya ditemani buku catatan diarinya ketika mereka masih bersama . Setiap hari Kasih menghabiskan hidupnya termenung di sebuah tasik indah berhampiran kawasan rumahnya . Di situlah tempat Kasih dan Azril bertemu hingga menerbitkan bibit bibit cinta. Dalam masa yang sama Zachary, seorang jurugambar yang telah ditinggalkan kekasihnya Rania sering bertembung dengan Kasih di tasik tersebut yang pada mulanya dianggap orang bunian . Apakah yang terjadi antara Zachary dan Kasih setelah mereka sering bertembung? Adakah Kasih akan terus meratapi kepergian Azril yang sudah setahun berlalu ? Segalanyanya dalam SAAT TERAKHIR .
"Sayang tulis apa tu? Nak tengok boleh?" Azril mencuba mencuri tengok buku diari yang dipegang oleh Kasih,Kasih segera mengalihkan buku tersebut dari pandangan Azril. Dia malu jika catatan diarinya dibaca oleh Azril, mana tidaknya dari muka pertama sehinggalah ke muka tengah dari buku itu hanya coretan berkenaan Azril,segala kenangan dari saat pertama mereka bertemu ditulis dalam buku diari kesayangannya. Kasih masih ingat saat pertama mereka bertemu, di tasik inilah detik pertemuan yang tidak disangka bakal membawa ke lembah perkahwinan. Di tasik ini juga lah Azril mula bertemu dengan Kasih untuk memulangkan buku diari milik Kasih yang tercicir semasa mereka berada di kedai bunga. "Awak, ni buku awak",sambil menghulurkan diari yang dipegang pada Kasih. "Ya tuhan,nasib baik awak jumpa! Buku ni memang penting untuk saya,saya ingat saya tertinggal dekat tasik,terima kasih cik.Tapi,macam mana awak boleh sampai ke sini? Do I know you?" Kasih runsing,dia tidak mengenali lelaki itu,bagaimana pula lelaki ini boleh tahu dia berada di tasik? "Hrmm, small matter. Masa buku ni terjatuh dekat kedai bunga tadi,saya terus ambik dan kejar awak.Tapi awak terus masuk dalam kereta, awak tak dengar saya panggil sebab awak sibuk dengan earphone awak ni,nak tak nak terpaksa lah kejar dengan motor capuk saya tu,penat saya tau",Azril cerita panjang lebar Kasih tertawa kerana dia geli hati dengan lelaki itu. Sungguh jujur dan sengal, masakan kejar aku sampai macam ni sekali. "Awak ni kelakar lah,dan baik hati. Saya Kasih. Kasih Kirana, awak panggil saya Kasih", Kasih menghulurkan tangan untuk berjabat. "Azril,Azril Ikhwan", Azril segera menyambut salam dari Kasih.Lamunan terhenti apabila Azril secara tiba tiba rebah ke bumi, buku yang dipegang oleh Kasih terlepas dari pegangan,Kasih panik melihat Azril pengsan di hadapannya,tanpa membuang masa Kasih menghubungi pihak ambulans dan segera memapah Azril ke sebuah bangku yang berhampiran. "Sayang bangun sayang please jangan tinggalkan saya macamni, saya tahu sayang kuat please wake up", airmata Kasih mengalir deras suaranya bertukar serak basah, hatinya sayu melihat tunangannya rebah tidak bermaya di pangkuannya. Kasih memeluk tubuh sasa milik Azril, sungguh dia tidak merelakan kepergian bakal suaminya walaupun dia sudah tahu akan penyakit Azril.
"Maaf,encik Azril dan cik Kasih. Saya harap penjelasan saya tentang penyakit awak lepas ni,dapat diterima baik oleh cik berdua".Dada Kasih mula bergetar hebat, apakah yang ingin dijelaskan oleh pakar ini? Doktor tersebut seakan memberi teka teki pada Kasih dan Azril. "Takpe doktor, insyaAllah saya boleh terima dengan redha, apa yang menyebabkan saya selalu pening kepala ni? Sakit dia lain macam lah doktor",Azril memulakan pertanyaan, tangan Kasih digenggam erat. "Macamni lah encik Azril, keputusan x-ray tadi menunjukkan bahawa encik adalah seorang penghidap tumor otak, berita buruknya adalah ianya dah sampai ke peringkat ketiga, dan tak ada apa yang dapat selamatkan awak kecuali keajaiban Allah. Saya tahu berat untuk awak terima tapi,ini hakikatnya", doktor Farid memuntahkan kata kata yang hanya Allah tahu betapa peritnya bagi Azril dan Kasih untuk menerimanya. "YA ALLAH!!" Kasih mula menangis sebaik sahaja mendengar berita tentang penyakit Azril,Azril tabah menerima.Azril menarik Kasih ke pelukannya untuk menenangkan hati nya. "Doktor, err ... berapa lagi masa yang saya tinggal?" Azril bersedia untuk menghadapinya, dia berharap sepanjang hidupnya yang tinggal, dia bisa membahagiakan satu satunya insan yang dicintainya iaitu Kasih Kirana. "Hmm, kalau awak ambil ubat ni mungkin dalam lebih kurang enam bulan. Tapi kalau awak tak amalkan kimo-terapi dan pil ni, tak lama Azril . Dua bulan je masa yang awak ada", Doktor Farid mendengus lembut,dia faham berat bagi seseorang insan yang tahu akan kepergiannya, apatah lagi meninggakan seseorang yang tercinta."Tapi doktor, saya mana ada duit nak buat kimo dan ambik pil pil tu",Azril resah. Masakan dia seorang pelayan restoran mampu melakukan rawatan kimo-terapi yang berpuluh ribu."Teruskan rawatan dan ubatan tu,doktor . Tentang kos, saya yang akan uruskan" ,Kasih mencantas keresahan Azril,dia tidak kisah jika harus menyalurkan segala wang duniawi yang dimilikinya,asalkan insan yang dicintainya dapat hidup dengan lebih lama. "Kasih ? Apa awak buat ni? Berapa banyak ubat pun yang saya ambik, tetap takkan pulihkan saya, im gonna be died !" Azril sangat kaget dengan kelakuan Kasih sebentar tadi . "Diam, Azril . Saya taknak awak cakap apa apa lagi,doktor tolong teruskan rawatan . Saya akan bayar secepat mungkin", Kasih membiarkan Azril memarahinya, dia tidak sanggup kehilangan bakal suaminya dalam tempoh terdekat, sungguh dia tidak sanggup.
Bunyi siren ambulans mematikan lamunan Kasih. Lima belas minit yang lepas dia menghubungi pihak ambulans kerana Azril rebah tidak sedarkan diri. Lantas tubuh kaku Azril dipapah dan dihantar ke Hospital Ampang Puteri. Sudah hampir tiga jam Azril di bilik rawatan, seluruh keluarga mereka juga sedang menenangkan Kasih yang tidak tenang. "Sabar, sayang. Doktor sedang melakukan yang terbaik. Apa apa pun sayang kena kuat, terima apa saja keputusan, anak mama kena kuat tau" Datin Fariza memeluk sisi tubuh anak tunggalnya, Kasih Kirana. Dia tahu akan kegundahan di hati puterinya. Kasih sedari tadi tidak henti mengalirkan airmata, hatinya bagai dihentam batu ,sungguh berat ujian yang harus dihadapinya. Azril, insan pertama yang bisa menyentuh hatinya kini sedang bertaruh nyawa. Kasih hanya memandang sayu di kaca pintu, melihat sekujur tubuh lelaki yang menyayanginya sepenuh hati , terasa sayu di sudut hati. Tubir matanya berkolam dengan air mata, sanggupkah dia menerima kepergian insan itu? Apakah yang akan terjadi padanya nanti, dua tahun mereka bersama menyulam kasih, apa bisakah dalam sekelip mata hubungan itu disambar halilintar ? Sungguh Kasih tidak inginkan kepergian kekasih hatinya, namun siapalah dia untuk menghalang ketentuan Tuhan. Pintu ruangan terbuka, masing masing bangun mendapatkan berita. "Macam mana dengan Azril,doktor? Dia baik baik je kan? Dia dah boleh keluarkan doktor, saya nak tengok dia doktor, bagi saya tengok dia , dia perlukan saya!" Kasih seakan dirasuk , dia tahu khabar tidak baik akan membunuh hatinya, dia tidak sanggup mendengar segala kenyataan. "Sabar Kira, Kira tak boleh macam ni, dengar dulu apa doktor nak cakap" , Datin Fariza cuba menenangkan hati Kasih Kirana. Dia tahu, berat untuk anaknya menerima kepergian ini, lagi lagi hari ini ialah hari jadinya dan hanya tinggal seminggu lagi, sepatutnya mereka bernikah."Maafkan saya, kami pihak hospital sudah mencuba lakukan yang terbaik untuk pesakit, malangnya ketumbuhan di otaknya semakin membiak ,dan telah menjejaskan seluruh saraf tubuhnya. Kami berjaya membuang ketumbuhan tersebut malangnya, ia telah merebak. Pesakit, telah menghembuskan nafas terakhirnya lima minit yang lepas. Kami sudah cuba sedaya upaya, Allah lebih sayangkan dia. Maaf", nada suara doktor itu cukup kesal kerana tidak berjaya menyelamatkan seorang hamba Allah. Kasih Kirana rebah ke bumi, hatinya bagaikan mati. Waktu yang berjalan seakan menghilang, seluruh anggota badannya seakan kebas, dia tidak tahu apa yang berlaku, setiap butir bicara doktor tadi bagai telah menghancurkan seluruh hati yang selama ini semakin rapuh. Dunia Kasih kelam, tidak disangka hari jadinya disambut dengan kepergian insan tersayang. Airmatanya mengalir deras, tanpa sedar akhirnya dia jatuh ke lantai.
OLDER POST |