Photobucket
lovestory telling
click on the dropdown menu to navigate through this blog

III : 30 hari mencari cinta
Tuesday, 20 December 2011 ★ 05:52 │ (0) angels
    Dua minggu sudah berlalu, Anggun semakin tenang. Hatinya terubat dengan kesungguhan Putra menemaninya. Kini Anggun sudah kembali seperti biasa dan bersekolah seperti selalu. Dia sungguh terhibur kerana Putra yang selama ini cuba menjauhkan diri darinya semakin ingin mendekatinya. Anggun merasakan mereka seperti benar benar pasangan kekasih. Putra menunjukkan perubahan total, dia semakin lembut dan romantik. Tiap kali pulang sekolah, Putra akan menunggu di bawah tangga blok kelas Anggun berada. Mereka akan pulang beriringan berpimpin tangan, Anggun percaya yang Putra sudah mula jatuh cinta padanya, mungkin ada hikmah disebalik kemalangan itu. Setiap hari Putra dilayani dengan perangai Anggun yang bermacam macam. Kadang dia garang, terkadang dia manja. Memang Anggun sungguh berlainan dari gadis yang lain, tetapi entah mengapa perasaan sayang tak pernah wujud buat Anggun. Selama ini, dia hanya berpura pura bahagia bersamanya hanya kerana perasaan bersalah yang dialaminya. Dia ingin menebus kesalahannya terhadap Anggun. Walaupun telatah Anggun terkadang mencuit hatinya, dia tetap tidak merasa perasaan aneh seperti diperkatakan sebilangan orang, apabila kita jatuh cinta mulalah perasaan aneh menjelma. Selama hampir seminggu dia berpura pura menyayangi Anggun, dia menghitung hari sehingga genap 30 hari dan bersedia untuk memberitahu Anggun perkara sebenar. Sungguh, dia tidak tahan menipu diri nya sendiri. Putra kembali ke alam realiti, ya inilah realitinya. Membohongi diri sendiri demi menebus kesalahan diri, tangannya dipimpin rapi oleh Anggun. "Cerita tadi syok gila kan wak? haihh , sweet gila diorang tu, kalau lah kita ni pun sweet macam dorang, aww sukanya saya", Anggun menghentikan lamunan Putra, dia hanya mampu tersenyum "kenapa sekarang ni kita tak cukup sweet ke adik manis?" ,wajah Anggun merona kemerahan. Seumur hidupnya dia tidak pernah merasakan kebahagiaan bercinta dan kini selama bertahun dia menanti, segalanya tercapai. Sungguh, dia bahagia kini kerana berjaya memiliki Putra tanpa dia tahu ada hati yang sedang merintih.

*****
     "Aku dah lama sukakan dia Zahra. Dah bertahun aku pendam perasaan ni, dah macam macam aku tolong dia, aku buat semua tu demi dia kau tahu tak. Aku nak dia nampak aku sayangkan dia, more than everything.", luah Hafriz kepada Zahra . Mereka berjanji untuk bertemu di Tasik Titiwangsa, Zahra tahu ianya tak lain tak bukan tentang Anggun. Zahra hanya mampu menadah telinga, sedangkan hatinya bagai disiat siat mendengar luahan jujur Hafriz. Sejak Zahra mula berpindah ke sekolah itu dua tahun yang lalu, mereka adalah rakan kelas. Hafriz menjadi ketua kelas manakala Anggun pula menjadi penolongnya. Entah angin apa yang Hafriz dapat, mereka menjadi rapat kerana Zahra seorang pendengar yang baik. Tanpa dia menyedari Zahra menyimpan seribu satu perasaan terhadapnya. "Hmm , Hafriz. Kau pun tahu kan yang Anggun memang sayangkan Putra ? Dia sanggup buat apa je untuk dapatkan Putra , lagipun sekarang mereka dah bersatu, sweet gila aku tengok diorang. Kau lupakan lah Anggun, ramai lagi perempuan yang mungkin mengharapkan kau,who knows?" , Zahra cuba memujuk. Hafriz diam membatu, dia memang tahu penantian nya selama ini hanya sia sia. Ada benarnya kata Zahra itu, dia harus melangkah maju setapak ke hadapan, sampai bila dia harus emnuggu benda yang tak pasti, lagian mereka sekarang sudah menjadi pasangan kekasih. "Betul lah kata kau Zahra, mungkin Anggun bukan untuk aku. "Jumlah, hari dah nak petang" , Hafriz bangkit dari bangku di bawah pohon rendang, Zahra mendahuluinya ke depan. "Err Zahra" , Zahra menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Hafriz "Thanks okay ? sebab kau banyak bagi nasihat dekat aku selama ni, siapa dapat kau memang beruntung. Kau memang pendengar setia yang baik Zahra" , Hafriz menghantar senyuman kepada Zahra , "It's okay dude. Kau kan kawan aku." Mereka jalan beriringan.

*****

Putra gundah , sudah hampir minggu ke-empat dia berlakon di hadapan Anggun, hanya kerana ingin menebus setiap inci kesalahannya tiga minggu lalu. Namun jauh di sudut hati kecilnya, dia mengakui kejujuran Anggun menyintainya setulus hati. Raut wajah Anggun cukup menjelaskan kesetiaan Anggun terhadap dirinya,malangnya entah mengapa hatinya masih belum terbuka untuk gadis manja itu. Sungguh, dia aneh mengapa dia tidak merasakan cinta sebagaimana perasaan Anggun terhadapnya. Putra masih ingat beberapa hari yang lepas...

"Putra !Awak tak apa apa ke ni?" Anggun membantu Putra membetulkan jalannya, tanpa disengajakan Putra terjatuh ketika berlatih futsal. Lukanya tidak berapa teruk, namun kerisauan di wajah Anggun seperti dia patah kaki, Putra tersentuh melihat Anggun mengusap lembut lukanya, terasa dingin dan hilang segala kesakitan di lutut kirinya. Perlahan lahan wajah Anggun direnung tajam tatkala Anggun sibuk membersihkan lukanya. Hatinya berdebar hebat, ah mungkin itu kerana dia tidak pernah dilayan sebegitu manja. Itu bukan kerana dia jatuh cinta, Putra menafikan sekeras kerasnya bahawa berkemungkinan dia bisa jatuh cinta terhadap Anggun. "Hmm, dah siap! Saya dah balut luka awak ni, mungkin lagi dua tiga hari eloklah ni. Jangan tanggalkan pembalut ni ye, nanti biar saya yang gantikan. Dah, jum saya papah awak balik. Bak kunci kereta, biar saya drive", Putra mengiyakan sahaja, yang sebenarnya dia kaget dengan tindakan Anggun, dia sangat prihatin dan penyayang. Putra kembali dari berkhayal, perlahan lahan dia menyentuh lukanya yang dibalut oleh Anggun. Nampaknya kian pulih, lantas dia tersenyum.     
TO BE CONTINUED...

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
THE AUTHOR
meet the big beauty boss

FB me schaa razak you are stop into my story zone. In this very little space from the World Wide Web, this could be the only place where i can have a blog free to express myself post non-sense shit, type asdfghjkl until i get tired like an idiot. find me on twitter i talk everything there , i saw a cat like i saw a tiger so please stay me away from them , i like writing , diaries are my everything. i liked to talk non stop with all peeps i love much , i hate smoking drunk and clubbing . im sorry , im not . boyfriend ,lover ??? they just know how to hurt , not how to heart so i still in my own feet without them . you like my story much hugs and kisses , you dont ? back off :)
Tagboard
leave your message here and i'll pay you a visit later

Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend

Facebook luna moonfang II
Twitter @schaa_razak
Blogskin nurul ain
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by schaa razak
Icons from reviviscent
Resources: sea shells